Stop! Stop! Stop!

anda kini berada dalam belog wHite anD vIolEt, THAnX vIsiT!! do fOllow me okay!!

Renungan Bersama

Tuesday, 30 December 2014

Im Waiting for u My dear

Hari ini : Rabu
Bertarikh : 31/12/14

Assalamualaikum semua. harap2 semua sihat sejahtera sama mcm saya, Alhamdulillah..

Baru baru ni Malaysia dikejutkan lagi dengan kehilangan pesawat Air Asia Penerbangan dari Indonesia ke Singapore. Al Fatihah Untuk semua mangsa dan takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa.

Dalam masa yang sama, saya masih lagi ingin mengambil tahu berita MH17 dan MH 370. Semoga semuanya berakhir dengan cepat.

Last day on 2014, banyak kenangan dan juga perkara happened in 2014. May Allah ease evrything on 2015.

Hari ni juga, Encik Sayang saya akan pulang ke tanah air dari Taipei, Saya mendoakan agar selamat sampai ke tanah air ye sayang.

Wedding is on the way, less than 10 weeks more, hope evrything will be fine.

This coming weekend baru nak pergi kursus perkahwinan di Medan Mara KL, Ambil kursus diluar sahaja, Tak dapat nak participate kursus di JAIS. I admit nak arrange wedding is not easy. macam macam persiapan yang perlu dilakukan. Salute pada yang dah berkahwin. huhuhu

Teringat cerita my parents masa mereka nak bernikah dolu dolu. On that blessed day, tok kadi had accident. Kelam kabut jadinya, pergilah kerumah tok kadi, nasib baik tok kadi yang accident tu masih mampu untuk menjalankan tanggungjawab utk menikah kan my parents.

I hope, something like that will never happen to me. Ok dears, Selamat Tahun Baru 2015 with Love.




- Eryna Adan -

Thursday, 25 December 2014

Ambang 2014

Assalamualaikum..

Hari ini : Jumaat
Bertarikh : 26. 12. 2014

Lagi beberapa hari , 2014 nak melabuh kan tirai. Tapi.. nak tunggu beberapa hari tu yang susah tu. Tapi aku masih kena kuatkan semangat untuk menghadapi hari hari terakhir bulan disember ni.

Well, i'm the best in hiding my feeling (blue)

Malaysia sekarang sedang menghadapi bencana banjir terutama pada negeri belah belah pantai timur, so feeling blue aku berganda ganda mengenangkan rakyat rakyat disana. Tu baru aku, apa perasaan orang yang menghadapinya. Ya Allah, tidak dpt aku gambarkan.

Aku pernah merasa berada dalam situasi banjir, masa tu bukanlah rumah aku yang dilanda banjir, tetapi, jalan yang aku gunakan untuk pergi dan balik dari sekolah yang dilanda banjir, ditambahkan lagi sungai kat situ. Ya Allah, masa tu aku sangat kecik (refer pada size sekarang, mcm ta membesar jek aku pon) dan masa itu aku baru berumur dalam darjah 5 @ 6. lebih kurang mcm tu. Masa tu, tatahu nak gambarkan mcm mana perasaan takut tu dtg, tapi dengan keberanian yg seciput, dibantu oleh pakcik2 yang ada disitu aku dan beberapa org kawan berjaya dan selamat menyeberang banjir yang deras airnya. masa tu, bila difikirkan balik. kalaulah...... kalaulah, aku terlepas tangan dengan pakcik2 tu, mesti aku tade kat sini nak tulis entry ni. Ya Allah, Alhamdulillah aku masih dpt berkongsi pengalaman yang sikit ni nak dibandingkan mereka yang sedang melaluinya tu.

Pagi tadi, aku yg sedang menjamah nasi lemak (menu breakfast yg normal utk aku). Group Whats Up Family belah tunang aku dkejutkan dengan berita bakal abg ipar aku yang terkandas di Kota Bharu akibat tugasan kerja. dah berapa hari disana. sayu aku bila baca yang air disana dah sampai paras dada. Ya Allah, Ya Allah.. aku yang baca ni apetah lagi family dia, isteri dan semestinya mak yang rasa lagi teruk dari aku. Baru sempat menjamah separuh Nasi lemak, air mata aku dah tak dapat dikawal.

Selebihnya, aku terkenangkan perasaan bakal mak aku, anak dia sedang dalam situasi itu. seorang lagi anaknya (tunang aku) dlm waktu yang sama, dalam perjalanan untuk ke Taiwan. Ya Allah, hati mak mana yang tak risaukan anak dia? Mcm tu jugak aku, yang risaukan perjalanan tunang aku ke Taiwan sana.

Aku yang dalam Feeling (Blue). Ingat aku boleh kawal perasaan aku, dan aku dah jd kuat berbanding masa mula2 tunang aku perlu keluar negara bersama company dia. Tapi tu cuma yang aku ingatkan, pagi tadi mencurah curah airmata aku. Terkenangkan bakal abg ipar aku disana dan juga tunangku yang dalam perjalanan tu. Ya Allah, Moga Engkau lindungi mereka Yal Allah. Terus aku bungkus balik nasi lemak, dan letak ketepi, tidak boleh nak masuk ke dalam mulut lagi dah.

However, aku kena kuat utk face dugaan ini, untuk beri kekuatan pada org sekeliling aku.
aku kena lebih kuat dari mereka.
InsyaAllah.

-Eryna Adan-


Monday, 22 December 2014

Diary Princess Kecik

Assalamualaikum... fuhhhh.. fuhhhhh berhabuk dah blog ni. hurmm dah bertahun dah ta hapdet entry, mulanya malas sangat jari ni nak menari, tapi bila ada masa asikkk teringat nak hapdet entry. so hari ni kita bangkit dari kemalasan untuk menarikan jari ni. - Start -

Hari ini : Selasa
bertarikh : 23/12/14

Pagi tadi, masa nak pergi office, cakap memain jek dekat abah, "minta tolong hantar pergi office? hehehe " tak sangka pulak abah dengan rela hati bangun dan bersiap untuk hantar saya ke office. macam tu lah kalau malas nak jalan kaki ke office. mengadekan?? bila lagi nak manja2 dengan parents n sibling, nanti bila dah jadi hak org lain. mase ni akan dirindui. hurmm.. lagi 2 bulan jek dapat memanjakan diri dengan mak & abah. -tears-

Cakap pasal abah, abah dapat cuti seminggu kau. Jeles nokk,, abah cuti pon sbb keadaan tak mengizinkan. start awal tahun 2014. abah selalu kuar masuk hospital. Mula aku rasa risau, mcm mana kalau aku dah duduk jauh dengan mak & abah. kalau abah tak sehat masa abang aku tade kat rumah, siapa nak bawakan abah ke hospital, terutama waktu malam. Masa aku ada ni , boleh aku bawakan.

Sebelum ni , aku dengar ramai yang cakap, tanggungjawab anak sulung berat. bagi aku semua sama, anak sulung, tengah atau bongsu. masing2 menggalas yg besar tanggungjawab tu. terutama pada ibu dan bapa. Yelah, masa inilah kita dapat cari sedikit saham akhirat tu.

Bila fikir lagi berapa bulan jek, syurga aku bertukar kaki. (syurga isteri dibawah tapak kaki suami, masa bujang dibawah kaki ibu), aku mula rasa cemas, bila abang aku balik rumah mak mentua, mak & abah akan tinggal sorg dekat rumah. siapa nak tengok tengok kan mereka? Mudah mudahan Allah lindungi mereka. Aamiin~

Abah & Mak, banyak sangat pengorbanan mereka, sehingga aku tulis entry ni pon aku nak menitiskan airmata sebab fikirkan mereka. Ye! aku anak manja, mungkin sudah terlalu manja, bukan sahaja dimanjakan mak & abah, abang & kakak aku pon manjakan aku. Gap umur aku dan kakak aku adalah 6 tahun. manalah aku tak manja? masa dia dah masuk sekolah, aku masih baby lagi.

Apa apa yang terjadi dekat aku. aku tahu aku masih ada mak & abah, seorang kakak dan seorang abang yang banyak membantu aku. yang banyak memberi semangat dekat aku.

Aku masih baby, yang masih banyak perlu belajar, aku masih belum pandai untuk berjalan dengan sendiri, masih menggunakan tangan tangan mereka untuk bergantung.

-Eryna Adan-