Hari ini : Jumaat
Bertarikh : 26. 12. 2014
Lagi beberapa hari , 2014 nak melabuh kan tirai. Tapi.. nak tunggu beberapa hari tu yang susah tu. Tapi aku masih kena kuatkan semangat untuk menghadapi hari hari terakhir bulan disember ni.
Well, i'm the best in hiding my feeling (blue)
Malaysia sekarang sedang menghadapi bencana banjir terutama pada negeri belah belah pantai timur, so feeling blue aku berganda ganda mengenangkan rakyat rakyat disana. Tu baru aku, apa perasaan orang yang menghadapinya. Ya Allah, tidak dpt aku gambarkan.
Aku pernah merasa berada dalam situasi banjir, masa tu bukanlah rumah aku yang dilanda banjir, tetapi, jalan yang aku gunakan untuk pergi dan balik dari sekolah yang dilanda banjir, ditambahkan lagi sungai kat situ. Ya Allah, masa tu aku sangat kecik (refer pada size sekarang, mcm ta membesar jek aku pon) dan masa itu aku baru berumur dalam darjah 5 @ 6. lebih kurang mcm tu. Masa tu, tatahu nak gambarkan mcm mana perasaan takut tu dtg, tapi dengan keberanian yg seciput, dibantu oleh pakcik2 yang ada disitu aku dan beberapa org kawan berjaya dan selamat menyeberang banjir yang deras airnya. masa tu, bila difikirkan balik. kalaulah...... kalaulah, aku terlepas tangan dengan pakcik2 tu, mesti aku tade kat sini nak tulis entry ni. Ya Allah, Alhamdulillah aku masih dpt berkongsi pengalaman yang sikit ni nak dibandingkan mereka yang sedang melaluinya tu.
Pagi tadi, aku yg sedang menjamah nasi lemak (menu breakfast yg normal utk aku). Group Whats Up Family belah tunang aku dkejutkan dengan berita bakal abg ipar aku yang terkandas di Kota Bharu akibat tugasan kerja. dah berapa hari disana. sayu aku bila baca yang air disana dah sampai paras dada. Ya Allah, Ya Allah.. aku yang baca ni apetah lagi family dia, isteri dan semestinya mak yang rasa lagi teruk dari aku. Baru sempat menjamah separuh Nasi lemak, air mata aku dah tak dapat dikawal.
Selebihnya, aku terkenangkan perasaan bakal mak aku, anak dia sedang dalam situasi itu. seorang lagi anaknya (tunang aku) dlm waktu yang sama, dalam perjalanan untuk ke Taiwan. Ya Allah, hati mak mana yang tak risaukan anak dia? Mcm tu jugak aku, yang risaukan perjalanan tunang aku ke Taiwan sana.
Aku yang dalam Feeling (Blue). Ingat aku boleh kawal perasaan aku, dan aku dah jd kuat berbanding masa mula2 tunang aku perlu keluar negara bersama company dia. Tapi tu cuma yang aku ingatkan, pagi tadi mencurah curah airmata aku. Terkenangkan bakal abg ipar aku disana dan juga tunangku yang dalam perjalanan tu. Ya Allah, Moga Engkau lindungi mereka Yal Allah. Terus aku bungkus balik nasi lemak, dan letak ketepi, tidak boleh nak masuk ke dalam mulut lagi dah.
However, aku kena kuat utk face dugaan ini, untuk beri kekuatan pada org sekeliling aku.
aku kena lebih kuat dari mereka.
InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment