Stop! Stop! Stop!

anda kini berada dalam belog wHite anD vIolEt, THAnX vIsiT!! do fOllow me okay!!

Renungan Bersama

Monday, 22 December 2014

Diary Princess Kecik

Assalamualaikum... fuhhhh.. fuhhhhh berhabuk dah blog ni. hurmm dah bertahun dah ta hapdet entry, mulanya malas sangat jari ni nak menari, tapi bila ada masa asikkk teringat nak hapdet entry. so hari ni kita bangkit dari kemalasan untuk menarikan jari ni. - Start -

Hari ini : Selasa
bertarikh : 23/12/14

Pagi tadi, masa nak pergi office, cakap memain jek dekat abah, "minta tolong hantar pergi office? hehehe " tak sangka pulak abah dengan rela hati bangun dan bersiap untuk hantar saya ke office. macam tu lah kalau malas nak jalan kaki ke office. mengadekan?? bila lagi nak manja2 dengan parents n sibling, nanti bila dah jadi hak org lain. mase ni akan dirindui. hurmm.. lagi 2 bulan jek dapat memanjakan diri dengan mak & abah. -tears-

Cakap pasal abah, abah dapat cuti seminggu kau. Jeles nokk,, abah cuti pon sbb keadaan tak mengizinkan. start awal tahun 2014. abah selalu kuar masuk hospital. Mula aku rasa risau, mcm mana kalau aku dah duduk jauh dengan mak & abah. kalau abah tak sehat masa abang aku tade kat rumah, siapa nak bawakan abah ke hospital, terutama waktu malam. Masa aku ada ni , boleh aku bawakan.

Sebelum ni , aku dengar ramai yang cakap, tanggungjawab anak sulung berat. bagi aku semua sama, anak sulung, tengah atau bongsu. masing2 menggalas yg besar tanggungjawab tu. terutama pada ibu dan bapa. Yelah, masa inilah kita dapat cari sedikit saham akhirat tu.

Bila fikir lagi berapa bulan jek, syurga aku bertukar kaki. (syurga isteri dibawah tapak kaki suami, masa bujang dibawah kaki ibu), aku mula rasa cemas, bila abang aku balik rumah mak mentua, mak & abah akan tinggal sorg dekat rumah. siapa nak tengok tengok kan mereka? Mudah mudahan Allah lindungi mereka. Aamiin~

Abah & Mak, banyak sangat pengorbanan mereka, sehingga aku tulis entry ni pon aku nak menitiskan airmata sebab fikirkan mereka. Ye! aku anak manja, mungkin sudah terlalu manja, bukan sahaja dimanjakan mak & abah, abang & kakak aku pon manjakan aku. Gap umur aku dan kakak aku adalah 6 tahun. manalah aku tak manja? masa dia dah masuk sekolah, aku masih baby lagi.

Apa apa yang terjadi dekat aku. aku tahu aku masih ada mak & abah, seorang kakak dan seorang abang yang banyak membantu aku. yang banyak memberi semangat dekat aku.

Aku masih baby, yang masih banyak perlu belajar, aku masih belum pandai untuk berjalan dengan sendiri, masih menggunakan tangan tangan mereka untuk bergantung.

-Eryna Adan- 

0 comments: